Cart 0

Kenali Bahagian-bahagian Ring Sling HanaSling

Ring sling terbahagi kepada 6 bahagian utama setelah dipakai. 


Jom kita lihat...


1. Bahu (Shoulder) 

Untuk keselesaan maksimum, HanaSling direka supaya fabrik terletak elok menutupi bahu. Jahitan yang kemas pada bahu bertujuan mengelakkan lebihan kain melurut ke lengan yang boleh menyebabkan pergerakan terbatas. Hybrid antara 'eesti' dan 'pleated' juga membantu fabrik dapat disebarkan seadanya di bahagian belakang. Ini sangat penting untuk mengelakkan masalah sakit belakang jika terpaksa menggendong bayi lebih lama.



2. Gegelung aluminium (Rings)

Rings ini gunanya untuk menyelitkan 'tail' supaya dapat melaraskan dan memegang ringsling dengan lebih mudah dan kemas. Rupanya juga cantik dan stylish.

HanaSling hanya menggunakan sepasang saiz medium aluminium rings (kod 6061) yang diimport khas dari USA, yang telah melepasi ujian lasak serta bebas dari lead and phthalate (selamat untuk sesiapa yang alergik pada nickel). Kami sangat serius dalam memastikan HanaSling selamat digunakan. Rings ini diuji boleh menampung berat sehingga 250 pound (113 kilo).



3. Ekor (Tail)

Ekor adalah lebihan fabrik yang terjuntai setelah siap melaraskan ringsling. 

Banyak kegunaan ekor ni sebenarnya. Ianya boleh dijadikan 'nursing cover'. Ibu boleh menyusukan bayi walau di mana saja ketika ber'babywearing' menggunakan ring sling ini tanpa perlu tergesa-gesa mencari tempat tersembunyi. Hanya tutup menggunakan ekor ringsling yang sengaja kami panjangkan daripada jenama lain di pasaran. 

Jika tidak gemarkan ekor yang panjang, anda boleh selitkan sekeliling rings setelah siap adjust ring sling ini. Jika dililit sekeliling rings, ianya akan jadi lebih empuk untuk kepala baby.

Ekor juga boleh dilipat dua, digulung dan diselitkan di belakang 'top rail' untuk dijadikan sokongan leher bayi yang masih kecil.

Apa lagi ye? Boleh juga dijadikan pelindung dari hujan dan panas sementara nak cari tempat berteduh. 



4. Landasan atas dan landasan bawah (Top Rail and Bottom Rail)

Landasan atas ni adalah fabrik atau kain bahagian atas yang membaluti bahagian atas belakang. Apa yang bestnya, HanaSling mempunyai landasan yang berlapik nipis supaya lebih selesa dan tidak terlampau 'bulky' (mudah di adjust melalui rings).

Landasan bawah adalah kain yang membaluti punggung bayi. 'Bottom rail' harus membentuk poket atau karung, terkepit di antara badan anda dan badan bayi. Cara pakai yang ideal adalah apabila 'bottom rail' lurus mengena (tersepit) pada bawah pelipat lutut bayi (kedua-duanya) menjadikan kedudukan kaki bayi seperti bentuk 'M' atau 'seperti kaki katak' yang comel. Jangan risau, inilah kedudukan ergonomik yang selesa bagi bayi.

Jika ingin mengetatkan bahagian atas badan bayi, tarik bahagian 'top rail'. Bahagian 'bottom rail' pula untuk menarik dan memperkemaskan kedudukan punggung bayi di dalam sling.



5. Poket atau karung (Pouch)

Bahagian bayi diletakkan dengan penuh keselesaan dan kasih sayang. 







Newer post