Cart 0

Perlukah Memiliki Baby Sling Jika Sudah Ada Stroller?

Tidak semua bayi redha dan senang hati apabila diletakkan di dalam stroller sepanjang masa. Sebab itu kebanyakan orang mendapati bahawa walaupun dengan adanya stroller atau kereta sorong, bayi akan sentiasa perlu didukung atau digendong apabila dia menangis. Lebih muda bayi lebih kerap mereka perlukan ditenangkan melalui sentuhan dan pelukan.

Anda perlu sedar bahawa tidak semua permukaan bumi sesuai untuk menggunakan stroller. Tempat sempit, jalan tidak rata, banyak tangga, tepi pantai, jalan berbukit adalah sukar malah agak mustahil untuk dilalui stroller.

Ibu bapa bayi yang lebih besar malah yang telah mula berjalan juga mendapati bahawa ia adalah rumit untuk membawa stroller kerana anak mereka tidak mahu duduk di dalamnya di sepanjang perjalanan. 

Penyelamat situasi seperti itu, adalah lebih bijak jika ibu bapa menyediakan baby sling atau baby carrier siap-siap. Babysling tidak memerlukan ruang yang besar pun untuk disimpan. Biasanya hanya perlu lipat dan selit di dalam beg tangan. Ringan sangat dan sesuai untuk perjalanan yang jauh.

Yes! Jangan tertinggal baby carrier jika bersiap untuk holiday ke mana-mana ye.


Credit: Image from Pinterest.



Older post Newer post